pada 23 hb Jun selepas memekik, melolong dan histeria atas kemenangan kedah membelasah selangor di stadium Shah Alam grombolan penyokong Hijau Kuning tegar , tak tegar dan mengaku sebagai penyokong Hijau Kuning telah mendriftkan kereta ke sunway piramid dgn satu niat, iaitu menonton HERO pujaan.Operasi dimulakan dgn buttet sebagai perisik untuk membeli tiket..."SHIVAJI 6 seat yer" , petugas itu pelik sebab buttet membeli tiket cerita tamil bukan cerita arahan yusof haslam , professor Rashid atau steven spielberg..tetapi cerita tamil SHIVAJI the BOSS . Aku memang selalu dah tgk cerita si superstar rajni nie berlakon memang mantap sesuai dia menjadi hero tidak seperti awie dalam cerita sembilu , tidak seperti norman hakim dalam gerak-gerak khas atau tidak seperti mazidul akmal sidek dalam rancangan 999.Kelainannya bukan dari segi lakonan tapi pelbagai aspek.aku rasa superstar malaysia tak dpat buat macam yang dia buat nie hatta datuk siti nurhaliza sekali pun..tak caya sila klik disini.
kali ini dialog heronya bukan seperti cerita-ceritanya yang dahulu waima dialog heronya yang dahulu pun kental juga..buleh lihat contoh dibawah.
Annamalai (1992)
"Naan solrathaiyum seiven, sollaathathiyum seiven." - "I will do what I
say, may also do what I don't say."
Basha (1995)
"Naan oru dharavai sonna nooru dharavai sonna maadhiri." - "If i say it once, it's like
I've said it a hundred times."
Muthu (1995)
"Naan eppa varuven, eppadi varuvennu yarukkum theriyadhu, aana
varavendiya neratthil correct-aga varuven." - "When I will arrive, or how I will arrive, nobody will know,
but I will arrive when I ought to."
"Sixkku appuram seven da, Sivajikku appuram yevenda" - "After six there is seven, after Sivaji there is no one."
"Kuzhanthaigal paakurathu pogo, sivajikita vendaam go go"
"Chittoor Thaandina Kaatpaadi, Sivajiya cheendinaa Dead Body!" -
"If you cross Chittoor you will reach Kaatpaadi, If you tease Sivaji
you will become a Deadbody!"
sekali aja ucapan ini buleh menundukkan pekerja bawahan anda yang memahami bahasa tamil..(merujuk kepada kes Tuan Haji Ikram).Adegan lawan usah kira la..adegan pistol terbang , adegan sign dokument dgn dua tangan , adegan ikan kat tiang kena pukul (oppsss silap itu adegan cerita basha) memang menaikkan umph kepada watak hero kita nie.
adakah kita akan bertepuk tangan , bersiul ,histeria , berdiri dan membuat mexican wave , menari ketika hero pujaan kita keluar panggung, kalau anda tak melakukan itu..itu bukan hero namanya itu zero..wakakkaka tetapi si rajni berjaya menarik minat penonton untuk bersiul , berdiri hatta membuat mexican wave dalam panggung sungguh mendalam impak si rajni ni rupanya..jadi kepada kaki wayang era aku ghasa angpa semua kena tgk ini filem kerna ia akan memberi impaks maksima kepada anda dalam membuat persepsi HERO...pada nasz , buttet , ikram , doll dan syah si rajni merupakan realiti HERO...
COOOOLllllllll.... ( tahun depan "SULTAN " plak )
** lps nie kita sambung cerita pasai PHUKET yer..
main-main walaupun terrer berlawan HERO juga pandai main gitar
seawal pukul 7 dah bangun after solat subuh (gajah) ..mula la menyediakan juadah makan pagi yang ditaja oleh brahim dan roti yang dibeli di kedai 7-eleven bawah guest house.lepas breakfast dalam pukul 9 pagi kami menuju ke kaunter guest house untuk menyewa motosikal dalam kadaran baht 200 per day. Tapi yang lecehnya kena tinggalkan pasport kalau nak sewa moto di phuket nie..jad tak leh buat apa la..pasport pemandu moto kena diserahkan ke kaunter, kemudian awek kaunter tue pun hulur la 2 topi kledar dan 2 kunci moto..kami pun pelik la 4 orang dgn 2 biji helmet..mana cukup..syah pun bertanya la awek tue dalam loghat siam kedah dia.Ghupa-ghupanya di phuket hanya pemandu moto yang kena pakai helmet yang pembonceng tak pakai pun tak pa.. (info untuk pelancong asing).Tapi demi keselamatan dan menyahut seruan kerajaan Malaysia supaya mengikat dengan kemas topi keledar dan kempen memakai topi kledar kami mintak juga 4 biji helmet.Helmet yang diberi pun mcm buat cukup syarat aja..tapi di phuket memang cam tue.Semalam masa on da way ke guest house nampak la mat salleh naik moto separa bogel..aku memula ingat nak buat cam tue jugak tapi pikirkan nnt sejuk aja celah kangkang aku..tak jadi la aku nak buat cam tue.Cuaca yang terik sangat elok untuk jalan-jalan..yazzaaaa...1st thing pabila sewa moto , pergi buh minyak full tank.Di nasihatkan kalau nak isi minyak cari la stesen minyak yg bertauliah..kalau yang jenis tong drum tue nnt dapat la anda merasa kena kelepet. Buttet selaku pemandu pelancong bermotosikal memulakan acara mencari stesen minyak..walaupun 1st time di phuket kebolehan mengnavigasikan moto tanpa sesat yg teruk amat mengkagumkan.Destinasi utama Phuket Town ...
1st destination..jom kita jejalan di patong beach,memula niat di hati nak tgk mat salleh bogel kat pantai tue..sekali awal sangat da..mat salleh xbangun tidur lg..jadi jejalan aaa di sepanjang pantai,di phuket sekarang kita leh nampak tsunami evacuation route di seluruh pantai-pantai di Phuket, nampaknya mereka dah ada plan kecemasan takut berulang kembali peristiwa tsunami dahulu.
kalau kat malaysia nie kita naik pelik tgk org bergambar dgn signboard bila kami disana org phuket plak naik pelik tgk kami bergambar dgn signboard
lepas ronda lebih kurang , nak singgah kedai, kedai pun x bukak lagi.Jadi kami terus menghala ke selatan pulau phuket ini.Ada signboard tulis KARON BEACH dalam bahasa Thai.kami pun terus menuju ke Karon beach.Pantai Karon tak sebesar pantai Patong tetapi ada banyak attraction di Pantai Karon nie.Salah satunya tugu di tengah round about , tugu di tepi jalan dan sekolah yang menempat satu kuil memang sempoi la untuk bergambar., walaupun pekan Karon nie kecik aja tapi sempoi la..sempoi macam mana tak dapat nak tulis disini, mai la sendiri noe baru tau kat mana sempoi dia nie.Di Karon kami membeli bekalan air untuk diminum dgn suhu yang tinggi menyebabkan air dalam badan semakin berkurangan dan menyebabkan kami haus.Lagipun jalan selepas Karon nie agak berbukit, bukan macam bukit di Malaysia nie..jalan dia bukit tongek ITM nue.
sejak tgk iklan kat bangla road tue keja nak boxing aja depa nie
ini aku tatau gaya apa ntah..main taram aja..
ada muka pelancong eropah tak nie..nama dia Fahmi Pak Pao
moto 342 moto aku dgn fahmi moto 341 moto syah dgn nasz andre
Lepas moto Honda Ego aku yang bernombor 342 berjaya mengharunggi bukit Tonggek di Phuket kami sampai plak di Kata beach,kata beach nie sempoi sket ada banyak rumah urut , sesuai beno la badan pun lengguh-lengguh sejak semalam, fahmi dgn nasz andre cakap kat aku..kalau nak urut pilih yang lawa noe...tapi kesemua tukang urut tak lawa, jad tak dapat la kami nak mengurut badan di situkkekekekke (ada gak niat tue).Di Kata beach nie ada stadium Kriket, ha memain di malaysia nak jumpa stadium kriket pun payah.Kami pun ushar la permainan kriket kejap, tetapi mata fahmi dgn nasz dok perati satu benda..buah anggur yang sebeso ibu jari kaki di sebelah stadium tue.TGk aja buah anggur tue terus ayaq liur meleleh, memula kami membeli buah anggur tue, lepas tue plak aku tgk si fahmi dan nasz andre plak yang menjadi penjual buah anggur tue..dengar kata anggur yg depa juai tue manis-manis.Kami beli sebungkus buat makan atas moto ..baru baht 64 sekilo .
tgk tue samprok nazrul dan fahmi pak pao sedang tekun mempromosikan buah anggur.
Kali nie kami menuju ke sunset view point , nak ke view point tue kami kena tempuhi lagi sekali jalan naik bukit turun bukit.Walaupun jalan dia mcm tue tapi luas kira kita rasa konfiden sket nak memandu la.sampai dkat view point tue dalam pukul 12 tengah hari."Kita rehat 1 jam disini ya "cakap aku kat fahmi..ala macam drebar bas express dok cakap kalau berenti makan.Pemandangan memang cantik yang amat, dari view point nie kita leh nampak kata beach dan karon beach . patong pun leh ternampak..kalau bawak teropong leh nampak la guest house kami tue..itu semua kalau.SIni pun xdapat gambokan kecantikan dia..kena mai sendiri baru leh merasainya.
memang ada klass tersendiri disini..memang dream la...
gambaq syah aku xsempat snap sebab buleh amik sekeping aja.. :P
masa turun dari view point kami pun terus menuju ke Rawai Beach merupakan kampung nelayan dan ia berdekatan la dengan Sea Gippsy Village .Rawai beach nie merupakan hentian terakhir kami sebelum kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Phuket Town. Rawai Beach nie merupakan kawasan kampung nelayan .Berehat sekejap dalam 30 minit kami menuju ke Phuket..kami perlu cepat sampai ke phuket town sebab kami ada janji temu dalam pukul 6.30 pm di Guest House kami.Sebelum sampai Phuket Town kami singgah dulu untuk isi minyak moto full tank.hanya Baht 50 untuk mendapatkan minyak full tank.
ini rawai beach ya bukan tanjung dawai...
cukup dulu untuk bahagian pertama ni..kita tunggu bahagian kedua yang menceritakan pasal Phuket Town plak...broommm broommmmmmmm
lepas
semua ahli XPDC berehat , malam pun menjelma dan semua ahli XPDC pun
mula la terasa lapar,menurut daripada maklumat yang diperolehi daripada
ketua XPDC bangla street merupakan tempat yang mempunyai banyak
restoran makanan halal dan banyak plak kedai mamak..itu la maklumat
yang diperolehi, tetapi tidak la menyatakan apa lagi yang ada di bangla
street nie.Ghupanya bukan aja makanan , disko pun ada , rumah urut pun
ada , agogo pun ada dan pelbagai lagi la. terculture shock la kejap
peserta XPDC macam Fahmi , Nazrul dan Syah..memang berlainan la
daripada Kuala Lumpur.Kalau kat KL kita dah pikir sosial di sini aku
tatau nak cakap apa lagi la..lebih daripada sosial.Dari jauh terdengar
bunyi kereta dengan laungan "bangla stadium tonight 9 pm..fight"
ghupa-ghupanya ada game tomoi kat stadium bangla nak masuk tiket dalam
range baht 1000 - 1500 , kira duduk tepi gelanggang la nie macam cita
mr os dulu..ala cita salih yaacob kena belasah dgn peninju muay thai
masa nak amik pasport atas gelanggang tue.. :P..kami terus menyusuri
bangla road.
tgk muka fahmi dan peserta aktiviti dah mula kena kejutan budaya, depa mcm tak percaya apa yang depa lihat.
kami
menyusuri bangla road nie,dengan niat nak mencari makanan halal sungguh
murni niat kami ni.Tetapi semakin kedalam kami menyusuri bangla road
nie semakin hilang plak niat utama kami untuk mencari makanan
halal,semakin terpesong , semakin tersongsang dan semakin
liar..nauzubillah..lorong yang kami susuri semakin banyak nafsu duniawi
kedai halal tidak la plak kami jumpa..kami terus susuri bangla road.
salah satu hiburan di bangla road ThaiBOY show wakakakaka... aku ada sekeping aja gambo nie ...tu pun kamera aku dah biol.
perjalanan
kami terhenti di satu gerai pakaian yang menawarkan pakej perlancongan
ke phi-phi island dan fantasea world , kami berbual-bual tetapi
pakejnya agak mahal.. dalam baht 1500 ..jadi kami pun kurma la dia
cakap kami nak jalan-jalan..sekali dia nie bangla islam ghupanya, nama
dia muhammed..dia la yang telah memberi kami petunjuk kepangkal
jalan,ghupanya kami dah jauh tersasar.terima kasih kepada mohammed
pabila kami tanya dia selalu makan dimana dia jawap " I make my own food " maknanya dia masak sendiri la..dia juga memberitahu kami tips..katanya " all arab food and indian food are expensive, only ali baba cheap.."
so kami akan cuba mengelakkan masuk kedai arab atau kedai indian
food..kami pun berpatah balik kepangkal jalan dan menyusuri ke sebelah
kanan jalan bangla.
mohammed jasa mue menunjukkan kami ke pangkal jalan amat dihargai..semoga berjumpa lagi dgn mohammed nie :P
akhirnya
kami sampai di deretan kedai seafood akhirnya sasaran kami semakin
cerah kami pun memilih NIKKO seafood , salah sebuah kedai makan yang
nampak agak international..sebab ghamai mat salleh disini kalau nampak
ada siam aja nampaknya kedai makan itu hanya la kedai makan local dan
kalau bercampur siam dan mat salleh maka kedai makan itu kedai makan
GLOKAL maka disini kami bleh klasifikasikan kedai makan NIKKO adalah
kedai GLOKAL.layanan ala hotel dan mesra pelanggan membuatkan kami
tertarik nak pekena tom yam sea food dan ikan siakap tiga rasa dan
pelbagai jenis sayur..dengan harga yang agak berpatutan baht 800 atau
dalam malaysia ringgit dalam RM 80..perghhh sungguh murahhhh..memang
murahhh.
tgk la aksie makan masing-masing..memang tengah lapaq gila para peserta XPDC kita nie..makan pun dah xtoleh kiri atau kanan
perut
dah kenyang apa lagi mari kita berdansa..yak yak yak yak..tapi kami
takkan masuk la tempat ladyboy...kekeke acah aja..kami takkan la nak
masuk tempat tue..fahmi tatau la kalau tetiba dia hilang dari bilik...
:P kami akhirnya berjumpa pakej yang murah untuk ravel ke phi phi
island dan fantasea show...kami sungguh teruja dgn layanan kob..tapi
seperti biasa orang yang kami beli barang dengannya kami tidak akan
bergambar, cuma bergambar dgn org yang tak beli barang
dengannya..habuan untuk berbual la sebenarnya :P.. kami melangkah balik
ke hotel...esok masih banyak aktiviti yang menunggu..banyak lagi kami
nak teroka....
beeebooooo....
fahmi penin kepala akibat kejutan budaya yang diterimanya pada hari pertama beliau di phuket..oit cam mana nak pie bucharest nie fami :P
20 hb April merupakan hari
keramat bagi para penerjunan TUKET kerna hari tue mereka akan melakukan
terjunan bebas di phuket.Fahmi dan buttet telah sampai ke KL Sentral
dalam pukul 10.00 pagi dan diikuti dengan Syah dan Nazrul Andre pada
pukul 11 pagi..kami menuju ke Bus yang telah disediakan untuk
mengangkut para penerjun dan seketariat ke LCCT.
1.00 pm - Tiba di LCCT.Semua
peserta ke Tandas untuk menunaikan hajat manatau takut masa melakukan
penerjunan nanti terkucil plak nak buat lagu mana.takkan nak kencing di
udara.
1.30 - solat dan makan bekalan
burger yang dibawa dari rumah..almaklum la nak makan atas air asia
mahal dah la x disponsor so makan bekalan yang dibawa dari rumah aja la
nampaknya.Duit pun ngam-ngam aja.."kita
bukan macam xpdc jelajah kutub utaRA, yg menagih sponsor sana sini..itu
bukan wira namanya..kalaua wira kita kena usaha sendiri semua benda.."
itulah kata-kata semangat yang disematkan oleh imigresen LCCT kepada
peserta XPDC sebelum pegawai Imigresen tue membaca doa makan.
burger yang dibawa sendiri dari rumah,tak pernah kami mengharapkan sponsor
2.00 pm - mula check in para
peserta semua,syah kantoi masa scan pertama ghupanya-ghupanya dalam
kocek dia ada test pen..apa la syah kita nak pie terjun bebas bukan nak
pasang router ka switch ka."Gate 7 ya encik.." kata petugas airport tue
kepada kami.Semasa menunggu masa nak naik flight kami sempat berbual
dgn orang scottish..ntah aku yang selalu cakap utara tetiba aja fasih
berbahasa inggeris dgn org scottish tue..kami pun kurma aaaaa lebih
kurang dan org scottish tue cakap "saya
dah bersara dan sekarang duduk di Kota Kinabalu saya masih konpius sama
ada nak tinggal di phuket atau di kota kinabalu tapi sekarang saya
lebih prefer tinggal di kota kinabalu..." itu cakap mat salleh
tue la kalau tipu mat salleh tue tipu la aku ..tetapi setahu aku mat
salleh tue memang (sambung sendiri la )." you must see fantasea show , its really amazing " itu suggestion mat salleh tue pada kami sebelum kami beratur untuk naik flight.
Warga Scotland yang menetap di Kota Kinabalu
3.30 pm - kami mula masuk dalam
flight..disambut oleh pramugari murah..sekali aku tengok pramugari tue
dok bertepuk tampar dgn fahmi..aik abang kita nie sempat lagi
mengatai..dia tak tau ka kita nak terjun dari berapa ribu kaki nie
nanti..tapi ghupanya itu kawan sesekolah fahmi.Dalam flight aku tgk
fahmi dah semacam aja..dah macam miang-miang keladi sket....(nak tau
cerita lanjut email saya ) .perjalanan kami ke phuket ambil masa sejam
kira kami akan sampai phuket dalam pukui 4.00 pm
(sapa tatau kira waktu sila rujuk nota geografi tingkatan 1 ).Dalam
flight kami tak makan sebab semua berdebar-debar dan sedang fokus akan
penerjunan yang akan dilakukan nnt (padahal mahai makanan dalam air
asia tue).
fahmi dan syah dah start miang dah
4.00 pm - sampai drop zone..kami
masingmasing loncat dari tempat duduk masing-masing.Cuaca agak panas
tapi berkat latihan intensif selama seminggu berjaya membuahkan
hasil.kami telah mendarat dengan selamat jejak aja kaki di bumi phuket
kami dah nampak orang mengangkat sepanduk nama aku.."SYAHREIL HAFIZ SAMSUDIN" perghhhhh bertapa terharunya sokongan penduduk phuket."malaysia?muslim?Assalamualaikum" itu ayat pertama penduduk Phuket .."Waalaikumsalammmmm"
jawap kami secara serentak..kami dibawa ke little Buddha Guest House
(bukan tokong yer) walaupun namanya pelik nak buat lagu mana..dah di
siam lain la kita di Indonesia mungkin nama guest house nie Abdul Razak
Guest House atau EJUMP Guest House.
nazrul Andre di depan Guest House
cukup dulu prolog nie noe..nnt kita cerita aktiviti malam di Phuket
bebOOOo
Alhamdulillah XPDC kali ini berjalan lancar dengan baik dan teratur sekali memang sesuai dengan slogan KSAT "berjalan berdasarkan ilham" dimana kami berdasarkan ilham last minute berjaya menghasilkan kepuasan kepada peserta XPDC kali ini...memang xpuas lagi..harap buleh pie lagi lain kali..disini kami nak mengucapkan terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah Hospital Sungai BUloh kita Tuan Haji Ikram Rahimi yang sudi membantu seketariat dari segi penginapan kami di Nanai Road , Encik Brahym pengasas makanan segera Brahym yang sudi menderma 4 kotak kari daging dan kurma daging buat habuan bersarapan pagi.Tidak lupa juga kepada pengendali teksi tambang murah dari Shah Alam ke rumah Mang. Tak lupa juga kepada para penari tarian singa , kompang dan escort-escort kami yang menyambut ketibaan kami di LCCT..dan ucapan terima kasih juga kepada Abang Rafi dan keluarga yang menawarkan perkhidmatan makanan kepada semua peserta XPDC dan yang terakhir sekali kepada Mohammed (pekerja travel agent) yang sudi menunjukkan jalan pulang kepada kami ketika sesat di Bangla road.Ucapan Tahniah kepada semua peserta XPDC kerana berani menyahut cabaran kali ini..dan diharap dapat joint lagi aktiviti XPDC ini lain kali kerna mungkin kita akan melawat byk lagi tempat di sebelah timur , barat atau timur tengah..Kepada en Pozi harap dapat la joint XPDC kami nnt ke MEKAH plak..tapi tatau la kot dia nie sibuk..biasa la sibuk dgn awek dia opsss dah tunang..
NaMea : Masahido Aizawa
RUmaH aKU : Perl Of OriEnt
KeRja AkU : CCNA StuDEnT
InTerEsT Aku : banyak Nak Citer
HoBBy : bYK,yang Best Tido
http://limau.cjb.net
lemang2002
hon3yd@yahoo.com