 |
Monday, May 12, 2008
Berperang di Dusun Ali King
Saturday, March 15, 2008
Phuket PhantaSea (harapan termakbul)
Balik dari phuket town flat habis,tidur kejap..kasie tenaga, kemudian dalam pukul 6 pm smeua bergegas mandi maklum la plan malam nie memang sangat mantol . maka kena cepat kang terlepas van naya.
Pukul 7 pm dah terpacak kat depan lobi little buddha..nasz dgn syah kambing lagi cepat siap menikmati cold ovaltine yang dibeli di 7 eleven sebelah dgn harga 25 bhat.7.30 pm sampai sebijik comuter dan angkut kami ke tempat fantasi ini.dalam van ada la 2 orang perempuan ghasanya orang malaysia.
tgk bebudak 3 orang nie dah naik syeh dah..itu belum sampai kat phuket phantasea lagi tur.kalau sampai lagi meraban aku tatau la.
On the way kami ke phantasea tue hujan aja..jalan siap naik bukit turun bukit lagi, tapi tak berapa nampak sangat pemandangan maklum la malam.dalam kui 8 pm kami pun sampai , memang asyik..driver biarkan kami di depan pintu masuk dan dia pergi belikan tiket untuk kitaorang.dalam 15 minit tunggu kami dapat tiket..excited nie nak tau bagaimana di dalam phuket phantasea tue..sebab diluar dengar bunyi-bunyian dia dah kagum dahh..di dalam tatau lagi..pakej kami ini tidak termasuk makan malam, takut la jugak kang masa makan dihidang kelawar panggang ka , biawak 3 rasa ka , ular celup tepung ka..tak ke naya..kami belum bersedia menikmati hidangan esotik sebegitu.
 Posted at 10:17 am by buttet
Tuesday, February 26, 2008
TUKET- Jejalan Ver 2.0 (Edisi GEMPAK 2008)
Sampai aja Phuket Town, kami parking moto..(moto pun main masuk aja parking kat mana ntah) dalam kepala dok terconggak-conggak nak pie mana?..maklum la phuket town tuekan pekan baru sampai signboard tulisan cacing pun tak reti nak pronouns..kang dibaca ada yang bunyi arab , ada yang bunyi syair dan ada yang tak keluar bunyi pun ada...kekekekeke..sedang dalam keadaan yang meraban tue tetiba kami disapa oleh satu suara..la ghupanya pemandu teksi..kami pun menolak la perlawaan dia untuk naik teksi..tetiba ada suara mencelah "Angpa nak Pie mana?" aikkk..semacam aja bunyi..memula aku ingat syah kambing buat lawak sekali memang betui ada pemandu teksi disitu yang buleh berbahasa malaysia (dialet utara)..memang kemaih dan terkasima ..lepas deal lebih kurang dia setuju bawak kami ke bazaar dgn harga 100 baht = rm 10 untuk sebuah teksi ..kami setuju aaaa...sekali dia panggil geng dia sorang..perghh teksi kami HONDA CITY sejibik dan TOYOTA sejibik..dgn harga 100 baht untuk sebuah kereta ..aku naik dgn uncle LIM (yang terrer cakap utara) dan syah dan nasz naik kereta HONDA tue.
Kami pun dibawa uncle Lim pie kilang permata..dia cakap di situ ada baju murah..aku dah penin dahh..baju murah mende kalau di kilang permata..tapi dah sampei kami pun masuk la jejalan dalam kilang permata nie kejap..perghh memang ganas..siap diescort macam VVIP oo dalam kilang permata nie..aku ada gak shoot beberapa keping gambar..orang mencanai permata untuk dibuat barang perhiasan ...(amaran kepada yang nak pie dgn bini..sila elakkan lokasi sebegini..ini akan membuat mata bini anda terkasima)..kemudian dia bawak masuk hall tempat barang kemas dia dipamerkan mak datuk besar gila...ghasa aku besar stadium malawati shah alam besar dewan pameran jewel dia..memang besar habis..tapi kami nak beli tshirt bukan nak beli cincin..jadi kami pun pergi kat uncle lim minta dia bawak tempat lain..lawatan ke kilang permata memang mahal..sebab barang -barang souvenior pun mahal-mahal belaka.
ini dia pekerja jewel factory tur..sedang membuat cincin... kemudian uncle lim bagitau kami dia nak bawak kami ke kilang gajus..kami pun ok aja la..lagipun tengah lapar nie..kami gitau uncle lim jgn lepak lelama..dalam 15 minit aja udah la.perghh di kilang gajus memang orang cakap "orang lapr dihidangkan nasi" terus kami merasa gajus-gajus disana..macam² gajus ada, ada gajus madu , gajus pedas,gajus lemak,gajus masin,gajus masa-masam manis , ada gajus bijan dan ada jus gajus..yang bestnya buleh rasa banyak mana anda suka..kami apa lagi dah la lapar..makan gajus macam makan nasik la jawapnya..ambik secekak duduk dibucu makan..tak cukup ambik lagi wakakakakaka..lepas puas melampiskan nafsu lapar kami kembali ke kereta uncle lim.
 Posted at 08:28 am by buttet
Thursday, August 02, 2007
seperti yang aku war-warkan dalam entry yang lepas ..RAJNI memang layak diberi pengiktirafan Super Star,impaknya sungguh global bukan sahaja di panggung-panggung di India , tak kurang hebatnya di Malaysia , pernah menduduki tangga top ten melodi di tangga yang kelima dan pernah membuat penonton mengamuk memusnahkan panggung (rujukan kes insiden penonton mengamuk di Klang).Impaknya bukan takat itu aja , malah turut melanda negeri matahari terbit Jepun sana tue.Tgk la gambar ini sebagai bukti betapa superstarnya Rajni Siti Nurhaliza pun xleh bikin gini sehhhh...
 Posted at 11:52 am by buttet
Wednesday, July 11, 2007
Edisi Apa Ada Dalam Kocek
Adaptasi daripada entry my friend Kumprink iaitu siri "Cerita Dalam Seluar 2007 " .. kali ini aku nak cerita mengenai cerita yang agak berbaur lucah iaitu Cerita Dalam Kocek..sila ushar gambar dibawah

ini la barang yang ada dalam kocek dan beg aku ketika ini barang-barang itu iaialah
1. Kad ATM CIMB duit aku ada dalam bank dan kalau nak kena kuarkan duit kena cucuk kat tue di dalam lubang yang disediakan.masukkan 6 digit pin keselamatan dan masukkan jumlah wang yang dikehendaki.Selepas itu ambil wang yang keluar dari lubang dan resit yang keluar dari lubang juga.Tanpa kad ini aku tak dapat makan untuk hari yang berikutnya kerana aku akan mengalami kesukaran mengeluarkan wang menggunakan kad magic nie..hanya cucuk dalam lubang dan duit akan keluar.
2. Buku Voip For Dummies buku nie senantiasa ada alam beg aku sebab bos aku bagi hadiah...aku baca sekali sekala aja...apa yang aku tatau aku kelebek la buku turr..
3. kad parking SACC sebenarnya kad tue aku cilok..apa kejadahnya naik moto amik kad parking kereta baik bebeno aku nie...(sebenarnya kes tersilap masuk lorong, termasuk lorong parking keta :P )
4. Handphone Sony Ericson handphone yang selalu aku baling dan hempuk ke lantai, kekadang aku ketuk-ketuk juga handphone ini kalau mai dia punya benggong..fungsi utama yang aku suka dalam handphone ini ialah organizer dia..jadi bagi aku yg agak sibuk ini benda ini sangat bermanafaat walaupun tadak fungsi kamera.
5.Rubber dan Pensil rubber untuk memadam pensil untuk menulis
sekian
6. duit berjumlah RM 5.71 dgn duit nie la aku nak lunch dan berbelanja sampai esok harinya ..harap-harap cukup la ..kalau idak kena cucuk lubang lagi la mintak duit..
7. muka monyok itu muka aku daaaaa....
cara scan muka nie aku tiru dari website ni http://www.faceyourpockets.com/ ha cuba angpa try scan muka angpa plak ..selamat mencuba
 Posted at 11:32 pm by buttet
|
|
|
|
 |
profile
|
|
shoutbox
|
|
|
calendar
|
|
photo album
|
|
|
link
|
|
|
kengkawan
|
|
|
ke udara
|
|
|
catatan bidadari
|
 kisah cinta yang tiada penghujungnya
|
| |